Thursday, 26 October 2017

Lawatan ke Singapura



         Kami ke Singapura untuk bersama brownies. Kami menginap di Asrama Pandu Puteri Tunas, Singapura. Kami telah melakukan aktiviti yang disuruh oleh Kakak Setia iaitu ketua Pandu Puteri Tunas. Beliau mengarahkan kami untuk bersama seorang Brownie dan mengambil gambar bersamanya. Kami memanggil Brownie tersebut Pen Friend.

       Kami mengadakan aktiviti pertukaran lencana di antara Brownie dan Pandu Puteri Tunas. Brownie yang saya bersama, bernama Clara. Clara seorang yang baik hati dan mempunyai rakan-rakan yang ramai. Berikut adalah lencana yang saya kumpul semasa di Singapura. 



        Apabila kembali ke Kuala Lumpur saya memberi tahu rakan sekelas saya tentang pengalaman saya di Singapura.

No comments:

Post a Comment