Thursday, 26 October 2017

Saya Bangga Menjadi PPT

      

      Saya bangga menjadi seorang ahli Pandu Puteri Tunas kerana dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti–aktiviti yang menyeronokkan dan pada waktu yang sama boleh  mengharumkan nama sekolah.


      Antara aktiviti yang telah saya lakukan adalah Teddy Bear Tea Party, ujian basikal, feed the 'homeless', membuat bento dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti ini telah memberi saya semangat untuk terus maju jaya dalam apa saja yang saya lakukan pada masa hadapan. 


Lawatan ke Singapura



         Kami ke Singapura untuk bersama brownies. Kami menginap di Asrama Pandu Puteri Tunas, Singapura. Kami telah melakukan aktiviti yang disuruh oleh Kakak Setia iaitu ketua Pandu Puteri Tunas. Beliau mengarahkan kami untuk bersama seorang Brownie dan mengambil gambar bersamanya. Kami memanggil Brownie tersebut Pen Friend.

       Kami mengadakan aktiviti pertukaran lencana di antara Brownie dan Pandu Puteri Tunas. Brownie yang saya bersama, bernama Clara. Clara seorang yang baik hati dan mempunyai rakan-rakan yang ramai. Berikut adalah lencana yang saya kumpul semasa di Singapura. 



        Apabila kembali ke Kuala Lumpur saya memberi tahu rakan sekelas saya tentang pengalaman saya di Singapura.

PRA Pelantikan Pandu Puteri Tunas


Pada hari pertama saya menjadi seorang Pandu Puteri Tunas, saya dimasukkan ke dalam kumpulan yang bernama Kenanga. Pandu Puteri Tunas Malaysia terdiri dari 6 bunga iaitu:


Setiap perjumpaan, murid Pandu Puteri Tunas akan menyanyikan lagu dunia iaitu lagu Pandu Puteri Tunas:

Lagu Dunia

Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini